Tuesday, February 17, 2009

gurlz,woman,wanita,pompuan,gadis.......smuanya sama


Wanita di antara makhluk yang diciptakan Allah untuk menemani kaum lelaki demi meneruskan kelangsungan hidup di pentas alam maya ini. Islam memuliakan wanita dengan pelbagai hak dan keistimewaan sebagaimana yang terdapat pada kaum lelaki dan makhluk-makhluk lain.

Islam mengangkat wanita sebagai tenaga kerja yang berupaya memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dengan kemuliaan, kedudukan, kepentingan dan wawasannya dalam meneruskan kelangsungan hidup ini. Islam memberikan kepada wanita hak untuk hidup, hak menerima harta pusaka, hak mahar, hak nafkah, hak tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain-lain hak seperti menuntut ilmu, hak pemilikan, hak jual beli, bekerja berdasarkan kepada kemampuannya di samping memelihara kehormatannya dan kewanitaannya.

Pendek kata, di bawah lembayung Islam wanita hidup dengan penuh kemuliaan dan penghormatan sebagai seorang ibu, isteri, anak, kakak, ibu saudara, nenek dan begitulah seterusnya .

Mulia

Ciri-ciri perbezaannya antara lelaki dan wanita cuma berdasarkan fizikalnya dan

pe

ranan yang terpikul di setiap bahu masing-masing. Sehubungan itu,

Allah berfirman maksudnya: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu sama ada lelaki atau perempuan (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) daripada setengahnya yang lain. (Ali Imran : 195)

Jelas di sini bahawa peranan wanita yang sebenarnya bukan sekadar melahirkan generasi baru yang bakal mewarisi kesinambungan tamadun manusia, bahkan wanita bertanggungjawab sepenuhnya membina generasi baru, mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi generasi yang produktif dan bermanfaat kepada masyarakat di samping sebagai generasi yang bertakwa kepada Allah. Pendek kata, wanitalah yang sebenarnya pembina dan penjana generasi baru yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.



Posted at 06:52 pm by amalwildan-modified by akmal the don

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home